Selamat datang ke kajian klinikal FERVENT-1!
Ketahui tentang kajian klinikal FERVENT-1
Telah didiagnosis menghidap beta-talasemia yang tidak bergantung pada transfusi? Anda tidak keseorangan.
Laman web ini memberikan maklumat tentang kajian klinikal, FERVENT-1, bagi orang dewasa yang menghidap beta-talasemia yang tidak bergantung pada transfusi.
Beta-talasemia ialah gangguan darah yang dikaitkan dengan zat besi berlebihan (terlebih zat besi). Orang yang terlebih zat besi kerap mengalami keadaan seperti penyakit jantung, kiraan sel darah putih dan merah yang rendah, diabetes, penyakit hati dan masalah pembiakan. Mengurangkan jumlah zat besi dalam organ badan mungkin akan mengurangkan kemungkinan untuk mengalami keadaan serius tersebut.
Pada masa ini, kami sedang berusaha untuk membangunkan rawatan untuk keadaan terlebih zat besi akibat beta-talasemia yang tidak bergantung pada transfusi.
Kajian klinikal adalah perlu untuk menyelidiki rawatan yang berpotensi dan tidak mungkin dapat dilakukan tanpa peserta yang mengambil bahagian. Setiap orang yang terlibat dalam kajian klinikal memainkan peranan penting dalam meningkatkan pemahaman kami tentang beta-talasemia yang tidak bergantung pada transfusi yang mungkin dapat membantu individu lain yang menghidap keadaan ini pada masa hadapan.

Menghidap beta-talasemia yang tidak bergantung pada transfusi mungkin terasa berat, dan anda mungkin merasakan sudah terlalu banyak perkara yang perlu anda lakukan walaupun tanpa komitmen kepada percubaan klinikal. Walau bagaimanapun, anda mungkin memainkan peranan penting dalam membantu untuk membangunkan rawatan yang boleh membantu untuk memajukan pengetahuan perubatan kami tentang beta-talasemia yang tidak bergantung pada transfusi. Setiap rawatan yang wujud hari ini tersedia disebabkan oleh peserta kajian yang mengambil bahagian secara aktif dalam penyelidikan.
Ketahui lebih lanjut tentang kajian FERVENT-1 dan ketahui sama ada kajian ini boleh menjadi pilihan anda atau seseorang yang anda kenali.
