Jika anda ingin mengambil bahagian dalam kajian penyelidikan klinikal FERVENT-1, isi soal selidik prapenyaringan di bawah untuk mengetahui sama ada anda mungkin layak.
Anda mungkin layak jika anda:
Berumur 18 hingga 60 tahun
Telah didiagnosis menghidap beta-talasemia yang tidak bergantung pada transfusi
Mengalami terlebih zat besi
Terdapat syarat lain untuk menyertai. Pemeriksaan perubatan penuh akan dilakukan untuk melihat jika anda boleh menyertai kajian ini. Jika anda mempunyai soalan lain, kongsikan laman web ini dengan doktor anda untuk membincangkan tentang kajian ini.
Soal selidik prapenyaringan
Anda boleh melihat jika anda memenuhi beberapa keperluan dengan melengkapkan soal selidik prapenyaringan di bawah. Hanya jawab sama ada “ya” atau “tidak” bagi setiap soalan, kemudian klik butang serah. Soal selidik ini adalah sepenuhnya tanpa nama – tiada data peribadi anda yang disimpan.
Soal selidik ini tidak mengandungi semua keperluan yang perlu dipenuhi untuk mengambil bahagian. Jika anda layak untuk kajian ini, anda juga akan menerima satu salinan Borang Persetujuan Termaklum semasa anda hadir untuk lawatan pertama ke tapak kajian, yang termasuk maklumat tambahan.
Sila klik pada jawapan terbaik yang paling sesuai untuk anda.
Cari tapak kajian berhampiran anda
Untuk mencari tapak kajian yang terdekat dengan anda, sila masukkan poskod anda.
Berdasarkan jawapan yang telah anda berikan, anda mungkin tidak layak untuk mengambil bahagian dalam kajian klinikal FERVENT-1. Sila berbincang dengan doktor anda jika anda mempunyai soalan tentang pilihan rawatan anda.
Berdasarkan jawapan yang telah anda berikan, anda mungkin layak untuk mengambil bahagian dalam kajian klinikal FERVENT-1. Terdapat keperluan tambahan yang perlu dipenuhi.
Sila cari dan hubungi tapak kajian yang terdekat dengan anda.