Menjaga pesakit dengan beta-talasemia yang tidak bergantung pada transfusi?

Pertimbangkan kajian klinikal FERVENT-1
Memandangkan pilihan rawatan yang terhad untuk pesakit dengan terlebih zat besi akibat beta-talasemia yang tidak bergantung pada transfusi (NTDT), kajian penyelidikan klinikal FERVENT-1 sedang menyelidik rawatan berpotensi yang baharu. Pertimbangkan kajian penyelidikan klinikal FERVENT-1 sebagai peluang untuk pesakit anda dengan terlebih zat besi akibat NTDT untuk mengakses rawatan memuncul.
FERVENT-1 ialah kajian klinikal fasa 2 untuk orang dewasa dengan terlebih zat besi akibat NTDT. Kajian ini menilai kesan rawatan percubaan kepada kepekatan zat besi dalam hati serta keselamatan dan kebolehterimaan sekurang-kurangnya 2 dos rawatan percubaan yang berbeza berbanding dengan plasebo.
FERVENT-1 akan berlangsung kira-kira 78 minggu (kira-kira 1.5 tahun). Sepanjang perjalanan kajian, rawatan kajian akan diberikan sebagai suntikan subkutaneus. Rawatan ini merupakan antibodi monoklon yang melekat pada transmembran serina protease 6 (TMPRSS6) dan menghalang fungsinya. Oleh sebab TMPRSS6 biasanya meningkatkan paras zat besi dalam darah, menyekat protein ini dengan rawatan kajian mungkin akan mengurangkan paras zat besi yang berlebihan.
Pesakit dijangka akan mengambil bahagian dalam kajian ini selama kira-kira 1.5 tahun. Sepanjang tempoh kajian, peserta akan menghadiri hingga kira-kira 22 lawatan kajian. Peserta yang layak mungkin akan dibayar balik untuk perjalanan pergi dan balik dari tapak untuk lawatan kajian jika dibenarkan dan diluluskan oleh jawatankuasa kawal selia/etika tempatan.

Bagaimanakah anda boleh membantu?

FERVENT-1 merancang untuk mendaftarkan kira-kira 95 orang dengan NDTD di 9 negara. Kejayaan kajian klinikal FERVENT-1 bergantung pada pakar perubatan yang merujukkan peserta kajian yang berpotensi. Pesakit anda mungkin layak jika mereka:

Sila ambil perhatian: Kriteria kemasukan/pengecualian yang ditetapkan oleh protokol lain akan digunakan.    

Pasukan kajian akan menyemak sejarah perubatan penuh pesakit anda untuk melihat sama ada mereka memenuhi semua kriteria kemasukan dan tidak mempunyai kriteria pengecualian. Kepelbagaian dalam kajian klinikal adalah penting untuk membangunkan rawatan yang lebih baik – mohon bantu untuk memastikan pesakit anda diwakili.
Jika anda mempunyai pesakit berpotensi yang layak serta berminat, perkasakan mereka dengan pilihan dan bincangkan kajian klinikal FERVENT-1. Anda juga boleh menghubungi tapak kajian yang terdekat untuk merujukkan mereka.

Percubaan klinikal ini akan menggunakan produk ubat percubaan, dan keselamatan dan keberkesanan ubat ini belum dinilai sepenuhnya oleh Pihak Berkuasa Kawal Selia.

Cari tapak kajian berhampiran anda!

Kesihatan dan keselamatan pesakit anda adalah keutamaan kami. Kami berharap anda menghargai kesan penyelidikan ini dan akan mempertimbangkan untuk merujuk calon yang berpotensi. Dengan sokongan anda, kami berharap supaya dapat membantu pesakit yang menghidap beta-talasemia yang tidak bergantung pada transfusi.
ms_MYMalay
How valuable was the information provided on our site for you?
😔 😀
Please check if you would like to answer more questions about website user experience
Skip to content